Nama ahli : Kave Kumar A/L Manogharan (16DKM16F1113)
Somamithran A/L Subramaniam (16DKM16F1018) Kevan Kumar A/L Subramaniam (16DEM16F1108) Mugeswaran A/L Ravichandran (16DEM16F1090) Shammalan A/L Yogeswaran (16DEM16F1058)
Tanggungjawab kepada Diri Sendiri
Maruah diri
Setiap individu mestilah menjaga maruah diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Manusiayang memiliki jati diri dan kehormatan diri ialah manusia yang bermaruah. Kebaaikan menjaga maruah diri ialah sesorang itu akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu.Antara cara untuk menjaga dan memelihara maruah diri ialah:
- Pemakaian yang sopan - memakai pakaian yang kemas dan bersih supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Contohnya, setiap orang semestinya memakai pakaian yang sesuai menengikut jantina masing-masing.
- Pergaulan - menjaga batas-batas pergaulan. Contohnya, kita harus bercakap dengan perkataan yang baik. Contohnya, menghormati ibu bapa, jiran tetangga dan orang lain dalam apa-apa jua situasi supaya tidak timbul perselisihan atau salah faham antara satu sama lain. Kita harus menepati janji yang baik. Kita harus mementingkan sahabat yang lain. Selain itu, kita perlu menjaga rahsia keaiban orang lain.
- Percakapan - bercakap dengan baik dan bersopan santun dalam setiap pertuturan. Selain itu, kita juga hendaklah berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang di sekeliling. Iltizamnya, kita seharusnya bercakap benar tentang sesuatu yang diketahui.
Hubungan Dengan Tuhan
Manusia sebagai hamba ciptaan tuhan, hendaklah memastikan diri sendiri melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan. Tuhan tidak menciptaan manusia kecuali untuk untuk menyembah dan beribadah kepadanya. Pelbagai cara atau jalan bagi setiap manusia agar terus menjaga hubungan hubungan dengan Tuhan.
Antara cara untuk menjaga hubungan dengan Tuhan adalah seperti yang berikut:
- Bersyukur - sentiasa bersyukur atas nikmatnya diberikan kepada manusia di muka bumi ini. Bersyukur ertinya rasa terhutang budi dan jasa kepada Tuhan, lantas berterima kasih atas anugerah, rezeki, pemberian serta kurniaan tuhan .Contohnya, manusia menjaga dan memanfaatkan alam semesta ini tanpa melakukan kerosakkan di atas bumi ini.
- Bertaubat - sentiasa bertaubat atau mengubah diri menjadi orang yang lebih baik dan sempurna. Manusia yang melakukan kesalahan atau kesilapan hendaklah bertaubat dengan segera atas segala perlakuan dan perbuatan yang telah dilakukan.
- Reda - bersikap reda terhadap musibah,dugaan atau bencana yang berlaku pada diri sendiri. Reda bermaksud penerimaan dengan rela, senang hati dan perlu membaiki diri dengan mendekatkan hati dengan Tuhan
Ilmu
Ilmu merujuk kepada kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu perkara yang boleh dipertuturkan, mempunyai nilai kebenaran, sentiasa berkekembang dan diperoleh melalui kajian. Ilmu amat penting kerana ilmu dapat memberikan petunjuk kepada manusia dalam mengembangkan peradaban dunia. Maka, ilmu menjadi kepentingan dalam hidup manusia dan tanggungjawab kepada diri sendiri.
Lampiran - https://www.youtube.com/watch?v=g8AWq8B3fgk