Wednesday, 15 March 2017

Toleransi

Toleransi

Nama:Mugeswaran A/L Ravichandran

No.Matrik:16DEM16F1090

Kelas:DEM 2B



Definisi:

Toleransi adalah membiarkan orang lain berpendapat lain,melakukan hal yang tidak sapendapat dengan kita,tanpa kita ganggu ataupun intimidasi.istilah dalam kontek sosial ,budaya dan agama yang bererti sikap dan perbuatan yang melarang adanya diskriminasi terhadap kelompok kelompok yang berbeda atau tidak dapat.



Isi pertama:

Nilai toleransi  perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat supaya masyarakat dapat hidup dengan bersatu padu.






gambar



Contoh:

Sebagai contoh dalam perayaan thaipusam kaum india letak kereta dalam tempat yang sesuai


Huraian:perkara ini boleh membantu kaum lain agar orang boleh melintas jalan dengan selamat.


Rujukan:





Isi kedua:

Nilai toleransi mesti memupuk dalam kalangan pelajar dalam sekolah .



gambar




Contoh:

pelajar pelajar mesti saling menyayangi dan menghormati sesama pelajar

Huraian:perkara ini boleh mengeratkan hubungan antara pelajar untuk belajar bersama.

Rujukan:







Isi ketiga:

Setiap pelajar malaysia yang berbelajar di negara lain mesti memupuk nilai toleransi.


gambar




Contoh:

pelajar malaysia menghormati fikiran dan idea pelajar dari negara lainn.

Huraian:

perkara ini moleh megeratkan hubungan antara pelajar lain untuk membuat keadaan diplomatil
dan dapat idea.


Rujukan:







Tuesday, 14 March 2017

Setia Kepada Raja Dan Negara

Setia Kepada Raja Dan Negara

Nama:Kavekumar A/L Manogharan

Kelas: DKM 2 B

Subject:Nilai Masyarakat 

Image result for gambar tokoh malaysia
Isi Pertama;
Nilai ini mampu membentuk negara yang aman dan damai.

Gambar:







nilai masyarakat.jpg


















Contoh:
Rakyat yang taat kepada raja dan negara akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan 
keamanan negara.Secara tidak langsung rakyat berbilang kaum akan bekerjasama dalam usaha mempertahankan keamanan negara.

Huraian:
Demi perasaan taat terhadap negara dan raja yang tinggi,masyarakat akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan keamanan negara tanpa tumpahan darah.
Selain itu,masyarakat yang taat kepada raja dan negara akan sentiasa berfikir secara rasional sebelum melakukan sebarang tindakan supaya tindakan mereka tidak merosakkan keamanan negara.



Rujukan:
http://www.1malaysia.com.my/news-articles/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia




Isi 2:

Nilai ini mampu mewujudkan masyarakat yang setia kepada negara dan tidak berniat untuk membelot negara.



Gambar:





Contoh:
Seseorang yang taat setia kepada negara dan rajanya tidak akan berniat untuk mengianati negaranya sendiri serta akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan maruah and bangsa negara yang tersayang.


Huraian:
Masyarakat yang berbilang kaum di negara kita membantu antara satu sama lain untuk menjaga nama baik negara di pesada dunia.
Selain itu,masyarakat yang berbilang kaum mampu menjaga negara daripada di jajah oleh kuasa asing serta dapat mengelakkan negara kita dicerobohi oleh kuasa asing seperti pengganas.






Isi 3:
Nilai ini dapat mewujudkan masyarakat  yang saling membantu antara satu sama lain untuk mnenunaikan rukun negara yang  ditetapkan oleh kerajaan iaitu untuk  mewujudkan negara yang kukuh dari segi sahsia masyarakat yang tinggi.


Gambar:





Contoh:
Masyarakat yang mengutamakan nilai setia kepada raja dan negara akan sentiasa berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang sahsia tinggi.


Huraian:
Untuk mewujudkan masyarakat yang bersahsia tinggi,setiap lapisan masyarakat perlu dan akan mendidik anak-anak mereka dengan nilai setia kepada raja dan negara supaya anak-anak mereka dapat memahami cara kehidupan masyarakat berbilang kaum serta dapat mewujudkan masyarakat yang bersahsia tinggi pada masa akan datang.





Isi 4:
Nilai ini dapat memupuk rakyat semangat untuk membeli barangan buatan tempatan.


Gambar:




Contoh:
Dengan membeli barangan buatan negara,secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara


Huraian:
Dengan membeli barang buatan negara ekonomi negara akan meningkat serta dapat meningkatkan taraf ekonomi negara dipesada negara.
dengan ini nama baik negara akan menjadi terkenal di seluruh dunia serta akan membantu menarik pelabur asing untuk menabung dalam aktivi perdagangan dengan negara.


Konklusi:
Masyarakat negara perlu ada nilai taat setia kepada raja dan negara supaya keamanan negara,kesetian kepada tanah air,kerjasama antara kaum dan nilai-nilai lain boleh dipupuk.
Sebagai rakyat negara Malaysia kita perlu rasa bangga dan setia kepada raja dan negara kita kerana dapat hidup di negara yang aman dan berbilang kaum ini.








Monday, 13 March 2017

Konsep Patriotisme





NAMA : SOMAMITHRAN A/L SUBRAMANIAM
NO. PENDAFTARAN : 16DKM16F1018
KELAS : DKM2B
KURSUS: DUB 2012 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA








“Patriot” dan “isme” (bahasa Indonesia) yang bererti sifat kepahlawanan atau jiwa kepahlawanan.“Patriotism” (bahasa Inggeris) yang bererti sikap gagah berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi bangsa dan negara. Patriotisme adalah sikap yang bersumber dari perasaan cinta tanah air (semangat kebangsaan atau nasionalisme) sehingga menimbulkan kerelaan berkorban untuk bangsa dan negaranya. Sebelum kemerdekaan, sikap patriotisme lahir dari perasaan senasib, sepenanggungan, setia kawan, dan kebersamaan dalam perjuangan menegakkan kemerdekaan bangsa.









Semangat patriotisme sangat penting bagi sesebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum bagi memastikan negara dan rakyatnya berada dalam keadaan aman, harmoni serta menikmati kekayaan di muka bumi secara adil. Nilai-nilai patriotisme yang perlu diterapkan adalah seperti kesetiaan, keberanian, relaa berkorban, kesukarelaan dan bangga.

  • Dua jenis patriotisme

  1. Hakikatnya, patriotisme boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu patriotisme peribadi dan patriotisme rasmi. Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera.
  2. Selain itu, kerajaan memupuk patritotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri yang memperoleh kesahan daripada menjadi penyataan baik bersama komuniti politik. Tugu Negara dan Hari Pahlawan dan upacara peringatan adalah contoh bagi jenis patriotisme ini. Selalunya, patriotisme rasmi diatur oleh protokol dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera atau penunjukan kesetiaan tertentu.

Patriotisme juga banyak bergantung kepada tindakan simbolik seperti mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan berunsurkan kenegaraan secara beramai-ramai, meletakkan pelekat patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara pada peringkat umum. Bagaimanapun, masyarakat sekarang seakan-akan lupa akan pentingnya memupuk semangat patriotisme dalam diri masing-masing. Hal ini kerana kita sering kali melihat anak bangsa kita yang tidak mengambil endah akan isu-isu yang menonjolkan semangat patriotisme seperti bangga akan pencapaian negara dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa.

Tanpa kita sedar patriotisme memainkan peranan yang sangat penting dalam diri setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Antara signifikasi patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan negara serta satu pelaburan strategik ke arah keselamatan negara. Demi mencapai persefahaman antara kaum pelbagai usaha telah kerajaan lakukan. Mungkin kita tidak pernah perasan, kebanyakan tema kemerdekaan berkaitan dengan perpaduan rakyat. Antaranya ialah muhibah dan perpaduan, bersatu maju, kebudayaan sendi perpaduan, nasionalisme teras perpaduan dan lain-lain lagi. Dari sini, kita dapat lihat bertapa pentingnya perpaduan sebagai pengikat dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersifat majmuk.

Justeru, patriotisme adalah ejen sosialisasi yang berkesan dan mantap untuk mengekalkan kemerdekaan sehingga pada masa akan datang. Bagaimanapun, terdapat banyak kekangan untuk mencapai objektif ke arah sifat patriotisme ke arah negara bertamadun tinggi. Sehubungan dengan itu, perlunya inti pati semangat ini diselitkan dalam pendidikan negara terutama dari sekolah rendah, bak kata pepatah Melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Oleh itu, pendidik perlu menyemai semangat patriotisme dengan lebih kreatif supaya pelajar dapat menjiwai dengan lebih mendalam.








Perhimpuan sambutan kemerdekaan antara tindakan simbolik patriotisme.

Rujukan: http://www.bharian.com.my/node/6611

Beberapa ciri patriotisme sebagai berikut:

1. Patriotisme adalah solider secara bertanggungjawab atas seluruh bangsa. Artinya, patriotisme membuat seseorang mampu mencintai bangsa dan negaranya tanpa menjadikannnya sebagai tujuan untuk dirinya sendiri. Patriotisme menciptakan suatu bentuk solidaritas untuk mencapai kesejahteraan seluruh warga bangsa dan negara.
2. Patriotisme adalah realistis. Artinya, mampu melihat kekuatan bangsanya dan daya-daya yang dapat merusak bangsanya dan bangsa lain.
3. Patriotisme bermodalkan nilai-nilai dan budaya rohani bangsa, berjuang pada masa kini untuk menuju cita-cita yang ditetapkan.
4. Patriotisme adalah rasa memiliki identitas diri. Artinya, melihat, menerima, dan mengembangkan watak dan keperibadian bangsa sendiri. Remaja dapat dizahirkan melalui perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
5. Patriotisme bersifat terbuka. Artinya, melihat bangsanya dalam konteks hidup dunia, mau terlibat di dalamnya dan bersedia belajar dari bangsa-bangsa lain demi kemajuan bangsa.
6. Patriotisme semangat setia negara. Setiap warganegara Malaysia harus memiliki sifat setia atau taat kepada raja dan negara. Hal ini untuk mempertahankan negara daripada musuh atau anasir-anasir yang boleh mengugat kestabilan politik, perpaduan masyarakat dan keamanan negara.
7. Berdisiplin. Rakyat Malaysia hendaklah patuh dan taat kepada peraturan, undang-undang dan perlembagaan negara. Hal ini kerana keadaan negara yang tidak stabil akan menyukarkan elemen perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan menjejaskan perancangan kerajaan menjelang wawasan 2020.

http://www.zonasiswa.com/2014/07/pengertian-patriotisme.html

Contoh Patriotisme

Contoh sikap dan kegiatan yang mencerminkan jiwa patriotisme dalam kehidupan sehari-hari, diantaranya:
· Mengikuti upacara hari besar kenegaraan.
· Mengikuti kegiatan bakti sosial.
· Mengikuti kegiatan seperti pramuka, PMR, dll.
· Mengikuti apresiasi seni budaya.
· Menghormati Guru/Orang tua/Orang sekitar.
· Rajin belajar 
· Membawa pancasila dalam kehidupan sehari-hari.
· Mencintai dan menggunakan produk dalam negeri
· Tidak merusak lingkungan hidup
· Ikut serta memelihara fasilitas umum
· Ikut serta dalam pembangunan bangsa
· Mentaati peraturan yang ada
· Melestarikan budaya bangsa

Referensi:
https://id.wikipedia.org/wiki/Patriotisme
http://gurupintar.com/threads/sebutkan-ciri-ciri-dari-patriotisme.1785/

Lampiran: https://www.youtube.com/watch?v=6uZC9cCKv_4



Kesimpulan/Pengajaran/Kesan daripada Konsep Patriotisme

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME

Tujuan utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan semua rakyat. Sebenarnya, terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat.

Kepentingan pertama semangat patriotisme dalam kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.


Semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong lebih ramai pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.


Seterusnya, semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.



Selain itu, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat ialah dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.

Di samping itu, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.




Kepentingan semangat patriotism disemaikan dalam diri remaja ialah meningkatkan mutu negara. Remaja yang cinta akan tanah air tidak akan melakukan gejala jenayah atau terjerumus dalam kegiatan negatif seperti merokok, menghisap dadah, merogol, merompak dan sebagainya. Sebaliknya, mereka akan mempunyai jati diri yang kukuh dan dapat menunjukkan potensi kecemerlangan diri demi negara tercinta. Mereka akan menguruskan masa mereka denganmelakukan perkara yang berfaedah seperti mengikut aktiviti kokorikulum. Tamsilnya, Nicole AnnDavid merupakan pemain skuasy antarabangsa yang telah melambungkan nama Malaysia dipersada dunia. Di samping itu, semangat patriotism amat penting untuk menjamin perpaduan kaum dankeharmonian negara. Remaja yang mempunyai semangat patriotism akan saling bekerjasama danbertoleransi antara satu sama lain. Seperti mana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. “Jiran sepakat membawa berkat”. Secara eksplisit,dengan semangat patriotism yang mendalam, keharmonian negara akan terjamin. Bak kata pepatah,bersatu teguh, bercerai roboh.

Oleh itu, kerajaan harus mengadakan kempen, ceramah dan aktiviti berlandaskan semangat patriotism kepada remaja dan bukan mengganggapnya sebagai hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sebagai contoh, Program Latihan Khidmat Negara atau lebih dikenali dengan PLKN telah membuktikan bahawa program ini berjaya meningkatkan semngat patriotisme dalam jiwa remaja. Melalui program sepanjang tiga bulan tersebut, remaja yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat belajar bertoleransi dan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara satu sama lain. Sehubungan itu, mantan bekas Perdana Menteri Tan Sri Dato Mahathir pernah mengatakan bahawa sekolah merupakan kilang memproses modal insan yang berkualiti untuk menghadapi cabaran pada abad modenisasi ini.

Pihak sekolah harus mengambil pelbagai langkah pragmatik untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Sasterawan pernah mengatakan bahawa mencapai cita-cita yang mulia itu mulia. Justeru, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan melukis poster, menulis karangan, pertandingan berdebat dan pertandingan syarahan sempena Hari Kemerdekaan. Hal ini secara implisitnya menggalakkan remaja mencari maklumat tentang hari bersejarah ini. Hal ini juga akan meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan remaja. Sebagai intihan, rakyat dan semua pihak berkuasa harus berganding bahu untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja untuk mencapai visi kudsi Wawasan 2020. Tiada ubat yang tiada penawarnya, langkah-langkah yang dinyatakan di atas pasti akan melahirkan remaja yangmempunyai semangat patriotisme yang mendalam. Jadi, akhlak yang utuh juga dapat mewujudkan semangat patriotisme yang kukuh.

Rujukan : https://www.scribd.com/doc/29080763/Kepentingan-Semangat-Patriotisme-







Sunday, 8 January 2017

Nama ahli : Kave Kumar A/L Manogharan (16DKM16F1113)
                     Somamithran A/L Subramaniam (16DKM16F1018)                     Kevan Kumar A/L Subramaniam (16DEM16F1108)                     Mugeswaran A/L Ravichandran (16DEM16F1090)                     Shammalan A/L Yogeswaran (16DEM16F1058)

Tanggungjawab kepada Diri Sendiri


Maruah diri

Setiap individu mestilah menjaga maruah diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Manusiayang memiliki jati diri dan kehormatan diri ialah manusia yang bermaruah. Kebaaikan menjaga maruah diri ialah sesorang itu akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Antara cara untuk menjaga dan memelihara maruah diri ialah:

  • Pemakaian yang sopan - memakai pakaian yang kemas dan bersih supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Contohnya, setiap orang semestinya memakai pakaian yang sesuai menengikut jantina masing-masing.
          
  • Pergaulan - menjaga batas-batas pergaulan. Contohnya, kita harus bercakap dengan perkataan yang baik. Contohnya, menghormati ibu bapa, jiran tetangga dan orang lain dalam apa-apa jua situasi supaya tidak timbul perselisihan atau salah faham antara satu sama lain. Kita harus menepati janji yang baik. Kita harus mementingkan sahabat yang lain. Selain itu, kita perlu menjaga rahsia keaiban orang lain.

  • Percakapan - bercakap dengan baik dan bersopan santun dalam setiap pertuturan. Selain itu, kita juga hendaklah berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang di sekeliling. Iltizamnya, kita seharusnya bercakap benar tentang sesuatu yang diketahui.




 Hubungan Dengan Tuhan

Manusia sebagai hamba ciptaan tuhan, hendaklah memastikan diri sendiri melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan. Tuhan tidak menciptaan manusia kecuali untuk untuk menyembah dan beribadah kepadanya. Pelbagai cara atau jalan bagi setiap manusia agar terus menjaga hubungan hubungan dengan Tuhan.

       Antara cara untuk menjaga hubungan dengan Tuhan  adalah seperti yang berikut:

  • Bersyukur - sentiasa bersyukur atas nikmatnya diberikan kepada manusia di muka bumi ini. Bersyukur ertinya rasa terhutang budi dan jasa kepada Tuhan, lantas berterima kasih atas anugerah, rezeki, pemberian serta kurniaan tuhan .Contohnya, manusia menjaga dan memanfaatkan alam semesta ini tanpa melakukan kerosakkan di atas bumi ini.
  • Bertaubat - sentiasa bertaubat atau mengubah diri menjadi orang yang lebih baik dan sempurna. Manusia yang melakukan kesalahan atau kesilapan hendaklah bertaubat dengan segera atas segala perlakuan dan perbuatan yang telah dilakukan.
  • Reda - bersikap reda terhadap musibah,dugaan atau bencana yang berlaku pada diri sendiri. Reda bermaksud penerimaan dengan rela, senang hati dan perlu membaiki diri dengan mendekatkan hati dengan Tuhan

Ilmu

Ilmu merujuk kepada kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu perkara yang boleh dipertuturkan, mempunyai nilai kebenaran, sentiasa berkekembang dan diperoleh melalui kajian. Ilmu amat penting kerana ilmu dapat memberikan petunjuk kepada manusia dalam mengembangkan peradaban dunia. Maka, ilmu menjadi kepentingan dalam hidup manusia dan tanggungjawab kepada diri sendiri.

Lampiran - https://www.youtube.com/watch?v=g8AWq8B3fgk