Perhimpuan sambutan kemerdekaan antara tindakan simbolik patriotisme.
Rujukan: http://www.bharian.com.my/node/6611
Beberapa ciri patriotisme sebagai berikut:
1. Patriotisme adalah solider secara bertanggungjawab atas seluruh bangsa. Artinya, patriotisme membuat seseorang mampu mencintai bangsa dan negaranya tanpa menjadikannnya sebagai tujuan untuk dirinya sendiri. Patriotisme menciptakan suatu bentuk solidaritas untuk mencapai kesejahteraan seluruh warga bangsa dan negara.
2. Patriotisme adalah realistis. Artinya, mampu melihat kekuatan bangsanya dan daya-daya yang dapat merusak bangsanya dan bangsa lain.
3. Patriotisme bermodalkan nilai-nilai dan budaya rohani bangsa, berjuang pada masa kini untuk menuju cita-cita yang ditetapkan.
4. Patriotisme adalah rasa memiliki identitas diri. Artinya, melihat, menerima, dan mengembangkan watak dan keperibadian bangsa sendiri. Remaja dapat dizahirkan melalui perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
5. Patriotisme bersifat terbuka. Artinya, melihat bangsanya dalam konteks hidup dunia, mau terlibat di dalamnya dan bersedia belajar dari bangsa-bangsa lain demi kemajuan bangsa.
6. Patriotisme semangat setia negara. Setiap warganegara Malaysia harus memiliki sifat setia atau taat kepada raja dan negara. Hal ini untuk mempertahankan negara daripada musuh atau anasir-anasir yang boleh mengugat kestabilan politik, perpaduan masyarakat dan keamanan negara.
7. Berdisiplin. Rakyat Malaysia hendaklah patuh dan taat kepada peraturan, undang-undang dan perlembagaan negara. Hal ini kerana keadaan negara yang tidak stabil akan menyukarkan elemen perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan menjejaskan perancangan kerajaan menjelang wawasan 2020.
http://www.zonasiswa.com/2014/07/pengertian-patriotisme.html
Contoh Patriotisme
Contoh sikap dan kegiatan yang mencerminkan jiwa patriotisme dalam kehidupan sehari-hari, diantaranya:
· Mengikuti upacara hari besar kenegaraan.
· Mengikuti kegiatan bakti sosial.
· Mengikuti kegiatan seperti pramuka, PMR, dll.
· Mengikuti apresiasi seni budaya.
· Menghormati Guru/Orang tua/Orang sekitar.
· Rajin belajar
· Membawa pancasila dalam kehidupan sehari-hari.
· Mencintai dan menggunakan produk dalam negeri
· Tidak merusak lingkungan hidup
· Ikut serta memelihara fasilitas umum
· Ikut serta dalam pembangunan bangsa
· Mentaati peraturan yang ada
· Melestarikan budaya bangsa
Lampiran: https://www.youtube.com/watch?v=6uZC9cCKv_4
Kesimpulan/Pengajaran/Kesan daripada Konsep Patriotisme
KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME
Tujuan utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan semua rakyat. Sebenarnya, terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat.
Kepentingan pertama semangat patriotisme dalam kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.
Semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong lebih ramai pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.
Seterusnya, semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.
Selain itu, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat ialah dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.
Di samping itu, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.
Kepentingan semangat patriotism disemaikan dalam diri remaja ialah meningkatkan mutu negara. Remaja yang cinta akan tanah air tidak akan melakukan gejala jenayah atau terjerumus dalam kegiatan negatif seperti merokok, menghisap dadah, merogol, merompak dan sebagainya. Sebaliknya, mereka akan mempunyai jati diri yang kukuh dan dapat menunjukkan potensi kecemerlangan diri demi negara tercinta. Mereka akan menguruskan masa mereka denganmelakukan perkara yang berfaedah seperti mengikut aktiviti kokorikulum. Tamsilnya, Nicole AnnDavid merupakan pemain skuasy antarabangsa yang telah melambungkan nama Malaysia dipersada dunia. Di samping itu, semangat patriotism amat penting untuk menjamin perpaduan kaum dankeharmonian negara. Remaja yang mempunyai semangat patriotism akan saling bekerjasama danbertoleransi antara satu sama lain. Seperti mana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. “Jiran sepakat membawa berkat”. Secara eksplisit,dengan semangat patriotism yang mendalam, keharmonian negara akan terjamin. Bak kata pepatah,bersatu teguh, bercerai roboh.
Oleh itu, kerajaan harus mengadakan kempen, ceramah dan aktiviti berlandaskan semangat patriotism kepada remaja dan bukan mengganggapnya sebagai hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sebagai contoh, Program Latihan Khidmat Negara atau lebih dikenali dengan PLKN telah membuktikan bahawa program ini berjaya meningkatkan semngat patriotisme dalam jiwa remaja. Melalui program sepanjang tiga bulan tersebut, remaja yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat belajar bertoleransi dan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara satu sama lain. Sehubungan itu, mantan bekas Perdana Menteri Tan Sri Dato Mahathir pernah mengatakan bahawa sekolah merupakan kilang memproses modal insan yang berkualiti untuk menghadapi cabaran pada abad modenisasi ini.
Pihak sekolah harus mengambil pelbagai langkah pragmatik untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Sasterawan pernah mengatakan bahawa mencapai cita-cita yang mulia itu mulia. Justeru, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan melukis poster, menulis karangan, pertandingan berdebat dan pertandingan syarahan sempena Hari Kemerdekaan. Hal ini secara implisitnya menggalakkan remaja mencari maklumat tentang hari bersejarah ini. Hal ini juga akan meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan remaja. Sebagai intihan, rakyat dan semua pihak berkuasa harus berganding bahu untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja untuk mencapai visi kudsi Wawasan 2020. Tiada ubat yang tiada penawarnya, langkah-langkah yang dinyatakan di atas pasti akan melahirkan remaja yangmempunyai semangat patriotisme yang mendalam. Jadi, akhlak yang utuh juga dapat mewujudkan semangat patriotisme yang kukuh.
Rujukan : https://www.scribd.com/doc/29080763/Kepentingan-Semangat-Patriotisme-
|